Selamat Datang ke Homestay Baitul Aidzah

Selamat Datang ke Homestay Baitul Aidzah

Selamat Datang ke Homestay Baitul Aidzah

Baitul Aidzah bermaksud RUMAH MULIA . Homestay ini terletak di Taman Tamby Chik Karim , Batu Berendam iaitu bertentangan dengan Taman Merdeka dan 'land mark' utama nya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka .

Bagi mereka yang berkunjung ke Melaka , dua kawasan pelancongan yang menjadi tarikan utama adalah Ayer Keroh dan Bandar Hilir . Jarak antara kedua-dua tempat ini adalah sekitar 16 km. Dengan kedudukan strategik Batu Berendam yang terletak diantara kedua pusat pelancongan ini, maka Baitul Aidzah juga sesuai menjadi pilihan pengunjung sebagai penginapan alternatif . Jarak diantara Batu Berendam dengan Ayer Keroh atau Batu Berendam ke Bandar Melaka hanya 8 km sahaja dan mengambil masa sekitar 10 minit berkenderaan dari destinasi yang dinyatakan.


ALAMAT HOMESTAY / GUEST HOUSE :

20, Jln JM 27,
Taman Tamby Chik Karim,
Off Tmn Merdeka,
Batu Berendam,
Melaka.

KEDUDUKAN / LOKASI :

GPS Cordinate : N 02 darjah 16.077'
E 102 darjah 14.461'

KADAR / RATE :

ISNIN - KHAMIS : RM99.00
JUMAAT- AHAD dan (cuti umum) : RM135.00
CUTI PERSEKOLAHAN : RM135.00

Welcome drink disediakan sebagai menghargai kunjungan tuan/puan. Penginapan lebih dari 2 malam , DISKAUN 10% akan diberi .


WAKTU CHECK IN : 2.00 pm
CHECK OUT : 12.00 pm

Kami meminta maaf kerana memerlukan masa untuk membuat kerja-kerja pembersihan sebelum atau selepas kunjungan tuan/puan. Tempoh dari 12pm - 2pm itu amat berharga bagi kami demi menjamin keselesaan pengunjung berikutnya .

Bagaimana pun , tuan /puan dibenarkan "early check in " or 'late check out" hanya sekiranya homestay ini tidak berpenghuni sebelum atau selepas hari kunjungan tuan/puan .
Tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan .

Homestay ini paling sesuai didiami sekitar 7-10 penghuni sahaja . Bagaimana pun , jika pihak tuan/puan hadir dengan bilangan yang lebih ramai untuk berkongsi kemudahan yang disediakan , maka sebarang ketidakselesaan adalah dibawah tanggungjawab tuan/puan sendiri.

BERMINAT ??? Sila hubungi :

Pn Hjh Azizah : 012 6188867
Tn Hj Mohd Farid : 012 6317239
e mail : azielia@oum.edu.my
farid_melaka@yahoo.com.my

KUMPULAN SASARAN;

Percutian keluarga , majlis perkahwinan , pertunangan , kenduri kendara , konvokesyen anak , pendaftaran IPTA/IPTS / sekolah berasrama , bertugas luar daerah /salesman / promoter, kakitangan awam / swasta ( urusan kerja ).

ROMBONGAN SEKOLAH:

Bagi guru -guru yang ingin menempatkan pelajar sekolah ( rombongan ) homestay ini tidak mampu menampung 40 orang pelajar sekaligus . Keselesaan hanya sekitar 7- 10 orang . Bagaimana pun , untuk tidak menghampakan permintaan tuan/puan sebelum ini , kami akan bekerjasama dengan pemilik homestay berhampiran ( hanya selang beberapa buah rumah sahaja / jarak 30m) untuk mengagihkan pelajar tuan/puan kepada 2 kumpulan . Ini juga tertakhluk kepada kekosongan tarikh pihak yang berkenaan.

Tawaran harga kami untuk satu kumpulan pelajar sekolah ( tidak melebihi 20 orang ) adalah RM150.. Charge tambahan ini terpaksa dikenakan untuk penyediaan tilam/toto , selimut dan bantal tambahan . Bagi homestay yang kami sarankan itu , harga penginapan bergantung kepada perbincangan tuan/puan dengan pemiliknya .

KAEDAH BAYARAN :

Akaun Maybank :
554026201626 ( Azizah binti Eliyas )
504021251255 ( Mohd Farid bin Md Saleh )

Hanya bayaran secara online menerusi cash deposit ATM atau perbankan internet sahaja . Tidak menerima cheque atau kad kredit . Deposit kami adalah bayaran penuh kadar penginapan .
Sila hubungi kami menerusi telefon setelah pembayaran dibuat untuk tindakan yang selanjutnya . Tinggalkan no hp dan e mail tuan/puan untuk kemudahan kedua pihak berhubung.


TERM & CONDITION

Memandangkan dari masa ke semasa , kami menerima banyak panggilan dari pelbagai pihak bertanyakan tarikh yang sama dan meminta jasabaik kami menempahkan tempat untuk mereka , adalah dimaklumkan bahawa confirmation tuan/puan tetap berdasarkan ' first pay first serve basis' .

Tempoh sesuai membuat tempahan di Baitul Aidzah adalah tidak kurang sebulan dari tarikh penginapan memandangkan jadual yang sangat padat .
Bagaimanapun, sekiranya tuan/puan menarik diri 2 minggu dari tarikh penginapan , pemulangan wang sebanyak 70% akan dibuat.
Sekiranya ingin membuat pertukaran tarikh , permintaan tetap akan dipertimbangkan dengan syarat masih ada kekosongan pada tarikh yang berkenaan.

Bagi pengunjung yang telah membuat tempahan TETAPI gagal hadir( x turn up) pada hari tempahan , deposit tidak akan dikembalikan .

Bagi pengunjung yang membuat tempahan kurang dari 14 hari atau last minute , permintaan tuan/puan tetap akan dilayani HANYA sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh berkenaan . Insyaallah .


MAKLUMAN TAMBAHAN :


1. PASANGAN BUKAN MUHRIM TIDAK DIBENARKAN MENGINAP DI HOMESTAY INI .

2. MINUMAN KERAS DAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN OLEH ISLAM ADALAH DILARANG SAMA SEKALI .

3. KELENGKAPAN MEMASAK DISEDIAKAN UNTUK MERINGANKAN BEBANAN TUAN/PUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN SEPANJANG PERCUTIAN / PENGINAPAN. BAGAIMANAPUN, HOMESTAY INI TIDAK MEMBENARKAN SAMA SEKALI "BBQ" ATAU "PARTY" DI ADAKAN DI MANA-MANA PERKARANGAN RUMAH. KEADAAN YANG SANGAT KOTOR DITINGGALKAN OLEH PENGHUNI SEBELUMNYA BESERTA BAUAN YANG HANYIR & KURANG MENYENANGKAN MELAMBATKAN PROSES PEMBERSIHAN ATAU HOUSEKEEPING.
INI MENINGGALKAN KESAN PADA PENGHUNI BERIKUTNYA YANG AKAN CHECK IN PADA HARI BERKENAAN DAN TIDAK ADIL KEPADA MEREKA .

4. KAMI MENYEDIAKAN SABUN MANDIAN ( LIQUID FOAM) DI SETIAP BATHROOM. TIADA TUALA MANDI DIBEKALKAN .

5. TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KELUAR SEBARANG BARANGAN MILIK HOMESTAY INI TANPA KEBENARAN . SEMOGA LEBIH BERETIKA SEMASA MENGGUNAKAN SETIAP PERALATAN DEMI KEPENTINGAN BERSAMA.
SEBARANG KEROSAKAN ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB TUAN/PUAN .


KERJASAMA SEMUA PIHAK AMAT KAMI HARGAI DAN SEBARANG KESULITAN YANG TIMBUL AMAT DIKESALI.


SALAM 1 MALAYSIA...

BAITUL AIDZAH ENTERPRISE